RR20 merupakan idea baru Pendanaan bagi Menyokong pelayanan Belia PCS di peringkat Persekutuan Belia PCS Pusat.
“RR” adalah singkatan kepada Tema Umum Belia PCS bagi tahun 2024-2028 iaitu Dipulihkan Untuk Memulihkan@Restored to Restore yang menekankan konsep perubahan menjadi yang baru. Manakala angka “20” adalah nilai minima sumbangan Ringgit Malaysia (RM20).
OBJEKTIF
- Menyediakan dana tetap untuk pelayanan Belia PCS Pusat.
- Persediaan kepada penggajian Gembala Belia bagi membimbing
generasi muda dalam iman. - Menggalakkan keterlibatan semua golongan dalam menyokong
pelayanan Belia PCS melalui sokongan kewangan - Membina budaya ‘memberi’ dalam kalangan belia secara konsisten
sama ada golongan pelajar, bekerja atau yang telah berkeluarga
berdasarkan nilai mampu milik tetapi punya kesan besar kepada
pelayanan belia
SASARAN PENYUMBANG
- Seluruh anggota Jemaat PCS
- Belia PCS yang telah bekerja
- Sesiapa yang terpanggil untuk menyokong Misi RR20 ini
