Shalom
Pelancaran Strategi Kewangan Belia Pusat

RR20 merupakan idea baru Pendanaan bagi Menyokong pelayanan Belia PCS di peringkat Persekutuan Belia PCS Pusat.
“RR” adalah singkatan kepada Tema Umum Belia PCS bagi tahun 2024-2028 iaitu Dipulihkan Untuk Memulihkan@Restored to Restore yang menekankan konsep perubahan menjadi yang baru. Manakala angka “20” adalah nilai minima sumbangan Ringgit Malaysia (RM20).
OBJEKTIF
Menyediakan dana tetap untuk pelayanan Belia PCS Pusat.
- Persediaan kepada penggajian Gembala Belia bagi membimbing generasi muda dalam iman.
- Menggalakkan keterlibatan semua golongan dalam menyokong pelayanan Belia PCS melalui sokongan kewangan
- Membina budaya ‘memberi’ dalam kalangan belia secara konsisten sama ada golongan pelajar, bekerja atau yang telah berkeluarga berdasarkan nilai mampu milik tetapi punya kesan besar kepada pelayanan belia
SASARAN PENYUMBANG
- Seluruh anggota Jemaat PCS
- Belia PCS yang telah bekerja
- Sesiapa yang terpanggil untuk menyokong Misi RR20 ini
MEKANISME SALURAN SUMBANGAN
- Daftar melalui https://youth.pcsmalaysia.org/index.php/register/
- Pilih Komitment RR20 Transaksi melalui Portal RR20
- Hantarkan resit ke –
- Atau secara Tunai kepada bendahari Belia PCS
HARAPAN
RR20 adalah inisiatif yang mendorong setiap individu menyokong pelayanan belia dengan komitmen RM20 sebulan. Sumbangan ini memastikan generasi muda terus dibimbing dalam iman, pelayanan dan sokongan. Dengan memberi secara rela, kita menyemai benih kasih yang membawa impak besar bagi pelayanan yang berterusan.
